Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ADUN Krian ucap tahniah pasukan badminton PDRM Malaysia
  • SUKAN

ADUN Krian ucap tahniah pasukan badminton PDRM Malaysia

Utusan Sarawak 18 hours ago
ASP Entalie Jingan (tiga dari kiri) bersama pasangannya muncul johan di Kejohanan Badminton World Police and Fire Games 2025 yang berlangsung di BJJC Indoor Stadium, Alabama, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam Kejohanan Badminton World Police and Fire Games 2025 yang berlangsung di BJJC Indoor Stadium, Alabama, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir yang penuh debaran, pasukan Malaysia menewaskan Thailand, sekali gus merangkul gelaran juara dalam kejohanan berprestij yang menghimpunkan pasukan keselamatan dari seluruh dunia.

Lebih membanggakan, kejayaan ini turut disumbangkan oleh anak jati Saratok, Asisten Superintendan (ASP) Entalie Jingan, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong.

“Sebagai wakil rakyat Krian, saya amat bangga dengan pencapaian ASP Entalie Jingan yang bukan sahaja mengharumkan nama Sarawak tetapi juga negara di pentas dunia. Ini bukti anak Sarawak mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa,” kata Friday dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, sebelum ini ASP Entalie pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas di IPD Saratok sebelum berpindah ke IPD Betong.

Friday menambah kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda Sarawak untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Syabas dan tahniah kepada pasukan badminton PDRM, khususnya ASP Entalie Jingan. We are proud of you!” katanya penuh bangga.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak berpotensi jadi kuasa besar sukan tarik tali negara
Next: Liverpool sedia labur RM682.95 juta untuk sambar Isak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.