Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Krian harap generasi muda warisi budaya ‘Ngiling Tikai’
  • WILAYAH

ADUN Krian harap generasi muda warisi budaya ‘Ngiling Tikai’

Utusan Sarawak 16 hours ago
ADUN Krian Friday Belik ketika menghadiri Majlis Ngiling Tikai di Rumah Majid, Tengalat Baru dekat sini semalam. Foto ADUN Krian

KRIAN: Budaya ‘Ngiling Tikai’ atau ‘Ngiling Bidai’ perlu dikekalkan sebagai adat tradisi masyarakat Dayak yang sangat unik agar ia tidak ditelan arus pembangunan semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata budaya seperti ini perlu dikekalkan dari semasa ke semasa dan perlu diadakan setiap tahun sebagai satu simbolik penutupan perayaan Hari Gawai bagi masyarakat Dayak.

“Anak-anak generasi muda masa kini perlu mempelajari dan mewarisi budaya ini daripada datuk nenek mereka agar budaya ini tidak hilang begitu sahaja ditelan arus permodenan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ngiling Tikai di Rumah Majid, Tengalat Baru dekat sini semalam.

ADUN Krian Friday Belik menyempurnakan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Majid, Tengalat Baru dekat sini semalam. Foto ADUN Krian

Menurutnya, budaya ‘Ngiling Tikai’ atau ‘Ngiling Bidai’ hampir serupa dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dirayakan oleh kaum Melayu.

“Bagi masyarakat Melayu selepas sahaja hari raya, kaum tersebut turut mengadakan majlis tamah-tamah atau ‘Majlis Belanggar Meja’ sebagai tanda atau simbolik penutupan sambutan hari raya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha penduduk Rumah Majid, Tengalat Baru kerana terus memelihara budaya seperti ini.

“Saya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau rumah panjang yang lain juga mengadakan majlis seperti ini sebagai usaha mengekalkan budaya dan adat resam kita,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Agensi pelaksana digesa turun padang berterusan pantau pelaksanaan
Next: Kunjungan Gawai Dato’ Sri Doris di Rumah Peny Ngau, Melugu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.