Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Kota Sentosa serah dua projek RTP,  tingkatkan kemudahan rakyat
  • TEMPATAN

ADUN Kota Sentosa serah dua projek RTP,  tingkatkan kemudahan rakyat

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menyerahkan Surat Setuju Terima bagi dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin hari ini menyerahkan Surat Setuju Terima bagi dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), sekali gus menegaskan komitmennya dalam memenuhi keperluan rakyat serta menambah baik infrastruktur setempat.

Penyerahan tersebut dilakukan bersama pegawai daripada Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Projek pertama di bawah RTP 2025 melibatkan kerja menaik taraf sistem perparitan di beberapa bahagian Jalan Semaba Fasa 2. Kontrak tersebut diberikan kepada Bollzs Management Services dengan kos keseluruhan sebanyak RM200,000.

Projek ini dilaksanakan susulan aduan penduduk berhubung masalah perparitan yang tidak efisien serta kejadian banjir kilat di kawasan tersebut.

Selain itu, di bawah RTP 2024, Yap turut menyerahkan Surat Setuju Terima kepada MF Jaya Bina Sdn Bhd bagi kerja menaik taraf Fasa 2 di Kota Sentosa Town Square, Batu 7. Projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000, susulan kejayaan pelaksanaan Fasa 1 sebelum ini yang menelan kos RM500,000.

Pelaksanaan Fasa 2 bertujuan meningkatkan kemudahan awam, menambah baik akses, serta mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan mesra pengguna untuk penduduk serta peniaga.

Menurut beliau, kedua-dua projek ini mencerminkan pendekatannya sebagai wakil rakyat yang menitikberatkan maklum balas rakyat serta memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut jadual.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama rapat dengan agensi pelaksana seperti MPP bagi memastikan projek dilaksanakan dengan cekap.

Tambahnya, penyerahan Surat Setuju Terima bukanlah penamat, sebaliknya merupakan permulaan kepada pelaksanaan proje dan beliau akan terus memantau perkembangan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek RM41.9 juta atasi banjir Matang siap Oktober 2027
Next: Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan APM Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.