Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Kota Sentosa kecewa infrastruktur RM1.1 juta rosak
  • TEMPATAN

ADUN Kota Sentosa kecewa infrastruktur RM1.1 juta rosak

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa Wilfred Yap dan Penghulu Lai Boon Khee di saluran pembuangan air hujan yang baharu dinaik taraf di bazar lama Batu 7.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di atas longkang bertutup, sehingga menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur awam.

Insiden ini berlaku susulan pelaksanaan projek menaik taraf sistem saliran di Bazar Lama Batu 7 bernilai RM1.1 juta di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), yang bertujuan mengatasi masalah banjir kilat berulang di kawasan tersebut.

Menurut Yap, meskipun projek berkenaan berjaya disiapkan, beliau menerima aduan bahawa saluran keluar air hujan yang disambungkan ke longkang baru telah rosak akibat perbuatan meletakkan kenderaan secara sembarangan.

Tekanan berat daripada kenderaan tersebut menjejaskan struktur sistem perparitan dan menggagalkan manfaat naik taraf yang dilaksanakan.

“Sangat mengecewakan apabila harta awam yang dibina untuk kebaikan bersama dirosakkan oleh sikap cuai dan kurangnya tanggungjawab sivik.

“Kerajaan GPS Sarawak telah memperuntukkan dana besar demi kesejahteraan rakyat, namun usaha ini tergugat oleh tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu,” katanya.

Yap turut meminta Majlis Perbandaran Padawan (MPP) melaksanakan pembaikan segera terhadap saliran yang rosak.

Pada masa sama, Yap menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang melanggar peraturan dan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Yap juga menyeru orang ramai agar memainkan peranan aktif dalam memelihara kemudahan awam dengan melaporkan kes-kes parkir tidak bertanggungjawab.

Penduduk digalakkan mengambil gambar kenderaan yang menghalang atau merosakkan longkang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Harta awam adalah milik kita bersama dan mesti dijaga sebaik mungkin.

“Kerosakan akibat tindakan cuai akhirnya menjadi beban kepada pembayar cukai,” tegas Yap.

Yap turut merayu kepada semua pengguna jalan raya agar lebih beretika dan menghindari perbuatan yang merugikan masyarakat.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Rajang simbol kejayaan PCDS 2030 di Sarikei
Next: ADUN Kota Sentosa perjelas inisiatif ‘Sumbangan Ikhlas Gawai’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.