Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kota Sentosa bantu individu OKU pulihkan akses bantuan kebajikan
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kota Sentosa bantu individu OKU pulihkan akses bantuan kebajikan

Utusan Sarawak 4 hours ago
WILFRED Yap bersama penduduk Skim Penempatan Semula Stampin yang merupakan individu OKU dan keluarganya.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, tampil membantu penduduk dari Skim Penempatan Semula Stampin yang merupakan individu orang kurang upaya (OKU) dan menjaga empat orang anak bawah umur, manakala isterinya tidak bekerja.

Keluarga tersebut bergantung sepenuhnya pada bantuan kebajikan bulanan sebanyak RM450. Namun, individu berkenaan mendapati akaunnya di Bank Simpanan Nasional (BSN) telah ditutup, sekali gus menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan.

Penutupan akaun itu berkait dengan isu akaun tidak aktif di dua buah bank lain yang didakwa berkemungkinan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan akaun bank. Hal ini menyebabkan keluarga itu menghadapi kesulitan kewangan yang serius kerana tiada sumber pendapatan lain.

Menyedari keadaan mendesak itu, Yap mengiringi individu berkenaan ke bank bagi menjelaskan perkara tersebut kepada pegawai serta membantu melancarkan proses pengaktifan semula akaun.

Tindakan Yap mendapat perhatian segera daripada pihak pengurusan bank, sekali gus membolehkan bantuan kebajikan disalurkan semula.

Beliau berkata, usaha itu bukan sekadar menyelesaikan isu pentadbiran, tetapi juga untuk melindungi kebajikan keluarga yang memerlukan serta memastikan anak-anak mereka tidak terjejas daripada menerima sokongan asas.

Tambahnya, beliau akan terus komited berkhidmat kepada rakyat di Kota Sentosa, khususnya golongan OKU dan keluarga berpendapatan rendah agar tiada yang tercicir.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendaki wanita Australia ditemui selamat di Gunung Santubong
Next: Warga emas hilang ketika mencari ikan ditemui selamat oleh SAR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.