Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ADUN Kemasik buat laporan polis
  • NASIONAL

ADUN Kemasik buat laporan polis

Utusan Sarawak 5 years ago
IR Saiful Azmi Suhaili semasa sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu terhadap isu yang mengaitkan beliau dengan perkara berkenaan wang imbuhan RM500,000 menerusi projek pasir selepas ia menjadi tular di media sosial semalam. • Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang dikaitkan dengan  wang imbuhan RM500,000 menerusi projek pasir semalam tampil  membuat laporan polis.

Beliau yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama peguamnya Mohd Kamaruzaman A.Wahab berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap isu yang mengaitkan beliau dengan  perkara berkenaan selepas ia menjadi tular  di media sosial.

“Ini adalah  laporan  pertama saya selepas ‘tangkap layar’ ditularkan. Fitnah itu telah memberi kesan besar kepada saya, keluarga dan masyarakat berdekatan dengan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini semalam.

Menurut laporan itu,  Saiful Azmi  mendakwa  beliau tidak terlibat dan tiada kaitan dengan urusan bersama kontraktor terbabit.

Sejak Isnin, beberapa  ‘tangkap layar’ perbualan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai projek pasir dan imbuhan yang perlu diberikan kepada ADUN terbabit, tular di media sosial, dan ia  dikatakan perbualan antara seorang pegawai kanan sebuah institusi milik kerajaan negeri, yang mewakili ADUN itu dengan seorang kontraktor.

Sementara itu,  Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan memaklumkan bahawa  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Muhyiddin terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat
Next: Kerajaan komited jayakan agenda Bumiputera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.