Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka ucap tahniah kepada APM Saratok atas komitmen cemerlang
  • WILAYAH

ADUN Kalaka ucap tahniah kepada APM Saratok atas komitmen cemerlang

Utusan Sarawak 17 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri merakam gambar bersama anggota APM Saratok semasa sambutan Hari Sarawak peringkat Daerah Saratok, baru-baru ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Saratok atas komitmen tinggi mereka dalam membantu masyarakat di Daerah Saratok dan Kabong.

Beliau berkata, sempena ulang tahun kedua kewujudan APM Saratok yang mula beroperasi pada 2 November 2023, peranan pasukan itu amat dihargai dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk sentiasa terjamin.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua anggota APM Saratok yang telah memberikan komitmen terbaik dalam membantu masyarakat. 

“Semoga terus memberikan khidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat APM Daerah Saratok, baru-baru ini. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri menegaskan bahawa APM bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menjaga keharmonian dan keselamatan penduduk setempat, tetapi juga menjadi antara barisan hadapan dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda ketika berlakunya bencana.

Katanya, pasukan ini sentiasa bersiap siaga menghadapi pelbagai bentuk bencana seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh dan kejadian luar jangka lain yang memerlukan tindakan segera dan berani.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap tahap profesionalisme dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh anggota APM dalam setiap operasi menyelamat yang dijalankan di kawasan Daerah Saratok.

Dalam pada itu, Mohamad Duri berkata, pejabat operasi APM Saratok yang kini ditempatkan di bangunan bersejarah Fort Ranee telah dinaik taraf menggunakan peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi meningkatkan kecekapan operasi pasukan.

Beliau berharap APM Saratok akan terus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Saratok dan Kabong terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semua komuniti di DUN Kalaka terus diberi perhatian
Next: Pejabat Daerah baharu jadi pemangkin perkhidmatan awam lebih efisien

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.