Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka turun padang tinjau aduan kerosakan jalan rumah panjang Sungai Nyiar
  • WILAYAH

ADUN Kalaka turun padang tinjau aduan kerosakan jalan rumah panjang Sungai Nyiar

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka mengadakan lawatan dan siasatan tapak ke Rumah Panjang Anta Jelupang Sungai Nyiar, Roban, susulan aduan yang diterima daripada penduduk setempat. Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan komitmen berterusan beliau dalam memastikan kebajikan serta keselesaan penduduk di kawasan DUN Kalaka sentiasa diberi perhatian, khususnya berkaitan isu infrastruktur asas.

Menurut beliau, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi telah mewakili beliau bagi mengadakan lawatan dan siasatan tapak ke Rumah Panjang Anta Jelupang Sungai Nyiar, Roban, susulan aduan yang diterima daripada penduduk setempat.

Katanya, bertindak atas aduan yang dikemukakan oleh Tuai Rumah Anta, Pusat Khidmat ADUN Kalaka telah mengadakan lawatan dan siasatan tapak ke Rumah Anta Ruma Sungai Nyiar bagi meneliti permasalahan yang dihadapi serta mencari penyelesaian segera terhadap isu berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati jalan utama ke Rumah Panjang Anta mengalami kerosakan yang agak serius dan memerlukan proses baik pulih bagi menjamin keselamatan serta kelancaran perhubungan penduduk,” katanya.

KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka mengadakan lawatan dan siasatan tapak ke Rumah Panjang Anta Jelupang Sungai Nyiar, Roban, susulan aduan yang diterima daripada penduduk setempat. Foto ADUN Kalaka

Beliau menjelaskan, beberapa kaedah penyelesaian telah dikenal pasti dan dibincangkan bersama Tuai Rumah Anta, namun ia memerlukan tindakan lanjut serta kerjasama daripada pihak berwajib untuk dilaksanakan.

Mohamad Duri turut menekankan bahawa pendekatan turun padang yang dilaksanakan oleh beliau bersama pegawai Pusat Khidmat ADUN Kalaka amat berkesan dalam mengenal pasti keperluan sebenar komuniti setempat.

“Komitmen saya adalah untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan. 

“Saya juga memohon kerjasama daripada Ketua Kaum, Ketua Kampung dan Tuai Rumah supaya mengemukakan permohonan projek yang berimpak tinggi demi manfaat penduduk di kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam lawatan dan siasatan tapak tersebut, turut hadir bersama ialah Tuai Rumah Sait Tuat, yang memberikan maklum balas berkaitan keadaan semasa dan keperluan penduduk Rumah Panjang Anta Jelupang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Krian dekati rakyat, dengar keluhan penduduk rumah panjang
Next: Warga emas dikhuatiri hilang ditemui selamat di Kampung Skoyan, Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.