Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka terus kukuhkan hubungan dengan rakyat melalui sesi ‘sembang dan santai’
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka terus kukuhkan hubungan dengan rakyat melalui sesi ‘sembang dan santai’

Utusan Sarawak 5 days ago
MOHAMAD Duri ketika menghadiri Program Beloya Santai bersama Biro Wanita Rumah Augustine, Empayak Roban, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

ROBAN: Kaedah ‘sembang dan santai’ bersama rakyat terus menjadi pendekatan berkesan dalam menjalin hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sesi seumpama itu memberi ruang kepada rakyat untuk berkongsi pandangan dan menyuarakan isu mereka secara terbuka dan bersemuka.

“Pendekatan santai ini amat bermakna kerana pelbagai permasalahan dapat dikenal pasti secara langsung dan beberapa cadangan penyelesaian turut dibincangkan bersama penduduk,” katanya ketika menghadiri Program Beloya Santai bersama Biro Wanita Rumah Augustine, Empayak Roban, kelmarin.

Beliau menegaskan, komunikasi dua hala melalui sesi santai seperti ini bukan sahaja memperkukuh hubungan pemimpin dan rakyat, malah membantu menyelami keperluan sebenar masyarakat di akar umbi.

Antara isu yang diberi keutamaan termasuk kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air terawat, pembinaan jambatan serta jeti belian, selain liputan internet di kawasan luar bandar.

“Saya akan terus turun padang untuk melihat sendiri keadaan di lapangan kerana inilah platform terbaik bagi memastikan suara rakyat didengari dan tindakan diambil secara berkesan,” jelas beliau.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas atas usaha menganjur dan menyelia program berkenaan yang berjaya mengeratkan semangat randau komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: PAWE Sibuti anjur program bakat veteran sempena Hari Warga Emas 2025
Next: Early education on respect and consent crucial, says Lesley Chong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.