Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ​ADUN Kalaka santuni jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah, eratkan silaturrahim Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

​ADUN Kalaka santuni jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah, eratkan silaturrahim Ramadan

Utusan Sarawak 9 hours ago
MOHAMAD Duri berkesempatan menyantuni jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah dalam majlis berbuka puasa, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan menyantuni jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah dalam majlis berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.

Beliau berkata, program seumpama itu bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadan, malah menjadi platform penting untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana pada Ramadan tahun ini saya berpeluang bersama jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah untuk berbuka puasa dalam suasana penuh keberkatan,” katanya.

MOHAMAD Duri berkesempatan menyantuni jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah dalam majlis berbuka puasa, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

Menurutnya, penganjuran program berbuka puasa secara berjemaah mampu memupuk semangat perpaduan dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.

Pada majlis tersebut, beliau turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama para jemaah surau berkenaan sebelum menghadiri sesi moreh.

Mohamad Duri menegaskan, pengisian rohani sepanjang Ramadan wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

MOHAMAD Duri berkesempatan menyantuni jemaah Surau Muafiqin Taman Seroja Indah dalam majlis berbuka puasa, hari ini. Foto: ADUN Kalaka

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Surau Muafiqin Taman Seroja Indah, Justi Amban atas jemputan serta komitmen dalam menganjurkan majlis tersebut.

“Syabas dan tahniah kepada pihak surau yang sentiasa aktif mengadakan program keagamaan demi manfaat komuniti setempat,” ujarnya.

Beliau berharap program seumpama itu akan terus dilaksanakan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Mohamad Duri turut mendoakan agar segala amal ibadat sepanjang Ramadan diterima dan diberkati Allah SWT serta membawa rahmat kepada seluruh umat Islam.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 35 KMKK Sri Aman, Lingga terima sijil pelantikan, perkukuh kepimpinan akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.