Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ADUN Kalaka salur sumbangan RM4,000, sokong atlet petanque Saratok ke SUKSAR 2026
  • SUKAN

ADUN Kalaka salur sumbangan RM4,000, sokong atlet petanque Saratok ke SUKSAR 2026

Utusan Sarawak 13 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menerima kunjungan daripada wakil PC Saratok, Abang Shamshudin Abang Ahmad yang juga Jurulatih Zon Barat, di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam. Foto ADUN Kalaka
 

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri terus memperkukuh pembangunan sukan di kawasannya dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada Pusat Cemerlang (PC) Saratok bagi menyokong penglibatan dan persediaan atlet sukan petanque.

Sumbangan itu disampaikan susulan kunjungan hormat wakil PC Saratok, Abang Shamshudin Abang Ahmad yang juga Jurulatih Zon Barat, di Pusat Khidmat ADUN Kalaka di sini, semalam.

Mohamad Duri berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan proses pemilihan pemain Petanque bagi mewakili Zon Barat yang merangkumi Sri Aman, Betong dan Sarikei ke Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) 2026.

Beliau berkata kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Arena Petanque Sri Aman pada 5 hingga 8 Februari depan.

“Saya amat berbesar hati dapat membantu menyalurkan sumbangan ini bagi memastikan persediaan atlet berjalan lancar. 

“Pasukan Bahagian Betong kali ini diwakili sepenuhnya oleh 14 atlet dari PC Saratok, melibatkan tujuh atlet lelaki dan tujuh atlet wanita,” katanya.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menerima kunjungan daripada wakil PC Saratok, Abang Shamshudin Abang Ahmad yang juga Jurulatih Zon Barat, di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam. Foto ADUN Kalaka

Keputusan sesi pemilihan menyaksikan dominasi atlet PC Saratok apabila kategori lelaki berjaya merangkul tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan ketujuh, manakala kategori wanita menduduki tempat ketiga.

Susulan prestasi cemerlang itu, seramai enam atlet PC Saratok terpilih secara rasmi menyertai pasukan Zon Barat, bergandingan dengan lima atlet dari Sarikei dan tiga atlet dari Sri Aman bagi menghadapi SUKSAR 2026.

Mohamad Duri turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam mengharumkan nama kawasan Saratok dan Kalaka.

“Syabas dan tahniah kepada atlet yang terpilih. Penghargaan juga saya berikan kepada Pengurus PC Saratok, Rosdi serta barisan jurulatih, Abang Shamshudin dan Fatimah atas komitmen berterusan mereka,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi; Setiausaha Kehormat PBB Kalaka, Gapor Ahmad; serta Pegawai Pusat Khidmat ADUN Kalaka, Hazirah Kasdi.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian Santai Batu Kawa 2026 angkat semangat sukarelawan RELA, 3 Mei depan
Next: Carrick calon utama pengurus interim United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.