Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka mohon pihak berwajib segerakan selenggara jambatan Jelupang Baroh
  • WILAYAH

ADUN Kalaka mohon pihak berwajib segerakan selenggara jambatan Jelupang Baroh

Utusan Sarawak 3 hours ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi, telah turun padang mewakili ADUN Kalaka bagi mengadakan lawatan serta siasatan tapak di jambatan kawasan Jelupang Baroh, Roban, semalam. Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menggesa pihak berkuasa yang berkaitan agar mengambil tindakan segera dalam mempercepatkan proses penyelenggaraan lantai jambatan di kawasan Jelupang Baroh, Roban.

​Langkah ini diambil susulan aduan mengenai keadaan struktur jambatan tersebut yang semakin merosot, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat yang bergantung sepenuhnya kepada laluan berkenaan.

​Semalam, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, telah turun padang mewakili ADUN Kalaka bagi mengadakan lawatan serta siasatan tapak di kawasan tersebut.

​Tujuan utama tinjauan tersebut adalah untuk melihat sendiri keadaan fizikal jambatan yang menjadi nadi penghubung utama bagi penduduk menuju ke Rumah Sait Tuat.

KAUNSELOR Kasdi Pandi, telah turun padang mewakili ADUN Kalaka bagi mengadakan lawatan serta siasatan tapak di jambatan kawasan Jelupang Baroh, Roban, semalam. Foto ADUN Kalaka

​Berdasarkan makluman daripada Tuai Rumah Sait, struktur lantai jambatan itu kini dilaporkan mengalami kerosakan serius dan amat memerlukan proses penyelenggaraan yang menyeluruh dengan kadar segera.

​Keadaan semasa jambatan tersebut juga disahkan tidak lagi selamat untuk dilalui oleh kenderaan, memandangkan terdapat risiko keselamatan yang tinggi terhadap mana-mana pengguna yang melintasi laluan itu.

​”Saya memohon agar pihak yang berwajib dapat membantu mempercepatkan proses penyelenggaraan lantai jambatan tersebut demi kesejahteraan semua,” ujar Mohamad Duri dalam satu kenyataan hari ini.

​Beliau menegaskan bahawa jambatan ini merupakan laluan tunggal dan utama bagi penduduk Rumah Sait Tuat untuk menjalankan aktiviti harian mereka ke kawasan luar.

​Jelas beliau lagi, aspek keselamatan dan keselesaan penduduk mesti diberi perhatian serius bagi memudahkan urusan mereka ke Pekan Roban, Klinik Kesihatan, serta Pejabat Daerah Kecil Roban.

​Turut hadir menemani Kaunselor Kasdi semasa sesi tinjauan tersebut ialah Tuai Rumah Sait sendiri serta Tuai Rumah Anta, yang bersama-sama menyuarakan harapan agar isu prasarana ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSJKD IPD Betong dekati komuniti, perkukuh usaha bendung penipuan dalam talian
Next: RM135,000 peruntukan MRP disalurkan kepada 13 organisasi di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.