Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka komited perkasa kemudahan belia dan komuniti majmuk
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka komited perkasa kemudahan belia dan komuniti majmuk

Utusan Sarawak 2 days ago
MOHAMAD Duri semasa mengadakan perjumpaan bersama Komuniti Cina Saratok di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, di sini, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Penyediaan kemudahan asas dan ruang rekreasi untuk golongan belia terus menjadi keutamaan dalam perancangan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata setiap permohonan dan keperluan komuniti, tanpa mengira latar belakang, akan diberi perhatian dan diusahakan penyelesaiannya sebaik mungkin.

“Melalui sesi perjumpaan secara bersemuka, setiap isu dan keperluan masyarakat dapat dikenal pasti dan disalurkan dengan lebih berkesan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama Komuniti Cina Saratok di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, di sini, hari ini.

Perjumpaan santai tersebut melibatkan rombongan Belia Komuniti Cina Saratok yang diketuai Kapitan Gan Eng Kie bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk aktiviti belia serta keperluan pembangunan komuniti di sekitar Pekan Saratok dan kawasan DUN Kalaka secara keseluruhan.

Menurut Mohamad Duri, hubungan erat antara beliau bersama komuniti Cina dan masyarakat lain di kawasan itu memudahkan pelaksanaan pembangunan secara adil dan saksama.

“Kehidupan harmoni masyarakat majmuk di kawasan kamek membolehkan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memastikan tiada kaum yang ketinggalan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum (KMKK) daripada kalangan Melayu, Iban, dan Cina yang sentiasa memberikan kerjasama serta komitmen berterusan dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Kalaka.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita PBB Ranting Kampung Dit santuni ibu tunggal sempena Hari Sarawak
Next: Rumah Luna Patan bakal miliki gelanggang futsal baharu di bawah RTP Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.