Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka bagi sokongan padu kepada USK Saratok bantu saudara baru
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka bagi sokongan padu kepada USK Saratok bantu saudara baru

Utusan Sarawak 1 day ago

Mohamad Duri semasa mengadakan pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa baharu USK yang diketuai Enmie Rohaiza, dekat sini, baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan sokongan penuh kepada Urusetia Saudara Kita (USK) Daerah Saratok dalam usaha membimbing dan menjaga kebajikan saudara baru di kawasan ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa baharu USK yang diketuai Enmie Rohaiza, dekat sini, baru-baru ini.

Mohamad Duri berkata USK Saratok yang ditubuhkan khusus menghimpunkan serta membimbing saudara baru kini berkembang sebagai wadah kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ukhuwah Islamiah melalui pelbagai program.

Mohamad Duri semasa mengadakan pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa baharu USK yang diketuai Enmie Rohaiza, dekat sini, baru-baru ini. Foto: ADUN Kalaka

Antara aktiviti yang giat dilaksanakan termasuk kelas mingguan, fardu ain, tasawwuf, pengajian Al-Quran dan Iqra, selain ceramah motivasi serta program kemasyarakatan.

Persatuan itu kini mempunyai lebih 60 ahli aktif yang turut tidak ketinggalan mengadakan lawatan kebajikan menziarahi ahli keluarga yang sakit.

“Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka akan sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama dalam memperkasakan peranan USK Saratok,” katanya.

Mohamad Duri yakin USK Saratok mampu terus maju jaya sebagai platform penting mempereratkan ukhuwah, membina keyakinan saudara baru dan mengukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 100 rumah mampu milik bakal dibina di Kidurong
Next: Air bertakung ganggu laluan utama Taman Tunku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.