Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka adakan libat urus bersama KMKK, fokus isu bantuan baja
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kalaka adakan libat urus bersama KMKK, fokus isu bantuan baja

Utusan Sarawak 1 day ago
Mohamad Duri mengadakan sesi libat urus bersama KMKK bagi kawasan DUN Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN KalakaMohamad Duri mengadakan sesi libat urus bersama KMKK bagi kawasan DUN Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka
 

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri hari ini mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok.

Pertemuan tersebut memberi fokus utama kepada pembentangan serta penerangan terperinci daripada Jabatan Pertanian mengenai bantuan baja yang bakal disalurkan kepada penduduk melalui peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Menerusi sesi tersebut, para KMKK diberikan maklumat menyeluruh tentang syarat kelayakan, prosedur permohonan serta jenis bantuan input pertanian yang ditawarkan. 

Sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab pelbagai persoalan daripada wakil masyarakat berhubung program ini.

Menurut Mohamad Duri, bantuan input pertanian ini merupakan satu usaha penting bagi meningkatkan hasil dan taraf ekonomi para petani di kawasan Kalaka. 

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan kerajaan melalui BDDA dan Jabatan Pertanian perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat luar bandar.

Mohamad Duri mengadakan sesi libat urus bersama KMKK bagi kawasan DUN Kalaka yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dalam pertemuan itu juga, ADUN Kalaka sempat berkongsi beberapa projek pembangunan di bawah BDDA yang telah diluluskan untuk kawasan DUN berkenaan, termasuk inisiatif yang memberi impak langsung kepada golongan petani dan pekebun kecil.

Pertemuan bermakna ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, yang menekankan peranan penting KMKK sebagai penghubung utama antara kerajaan dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Turut hadir Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey, bersama barisan pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Betong dan Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Simulasi nahas pesawat uji kecekapan agensi penyelamat
Next: Projek pembangunan DUN Lingga dirancang teliti, fokus kesejahteraan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.