Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong ziarah warga emas diserang strok, sumbang kerusi roda
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kabong ziarah warga emas diserang strok, sumbang kerusi roda

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Mohd Chee Kadir bersama isteri menziarahi seorang penduduk di Kampung Hulu Lintang, Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Prihatin terhadap nasib penduduk yang diuji kesihatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin, hari ini menziarahi seorang penduduk, Haminah Deli, 62 tahun, di Kampung Hulu Lintang.

Haminah dilaporkan mengalami serangan strok pada 16 September lalu, yang menyebabkan beliau sukar bergerak dan memerlukan bantuan dalam menjalani rutin harian. Beliau sebelum ini menerima rawatan susulan di Hospital Sarikei.

Dalam kunjungan tersebut, Chee Kadir menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada Haminah bagi memudahkan pergerakan serta urusan seharian beliau.

Menurut beliau, pemberian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan Pusat Khidmat ADUN Kabong dalam membantu penduduk yang memerlukan, khususnya mereka yang berdepan masalah kesihatan dan kekangan pergerakan.

“Sumbangan ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada Puan Haminah serta membantu beliau untuk bergerak dengan lebih selesa,” kata beliau.

Chee Kadir turut menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar Haminah terus diberikan kekuatan serta kesembuhan untuk meneruskan kehidupan dengan penuh ketabahan.

Selain menyerahkan bantuan, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar dan mendengar sendiri keadaan serta keperluan Haminah daripada ahli keluarga yang menjaganya.

Kunjungan tersebut memperlihatkan keprihatinan dan komitmen berterusan pemimpin tempatan dalam memastikan kebajikan rakyat Kabong sentiasa diberi perhatian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: BBP Batu Niah jayakan latihan keselamatan kebakaran di SK Ladang No. 3
Next: SK Kujang Mawang kini berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.