Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong tinjau operasi SAR dua beranak hilang di laut
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Kabong tinjau operasi SAR dua beranak hilang di laut

Utusan Sarawak 21 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir turun padang bagi meninjau perkembangan SAR melibatkan dua beranak yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong. Foto: Bomba Zon 3 Sarawak

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hari ini turun padang meninjau perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan dua beranak yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tuah Bujang, 57 tahun, bersama anaknya Aiman Tuah, 24 tahun, dilaporkan keluar ke laut sekitar 2.00 petang untuk menangkap ikan. Namun sehingga kini, kedua-duanya masih gagal ditemui.

Menurut laporan awal, cuaca buruk yang melanda sekitar jam 5.00 petang semalam dengan hujan lebat dan laut bergelora dipercayai menjadi punca mangsa hilang daripada radar komunikasi serta gagal dihubungi oleh keluarga.

Chee Kadir yang hadir ke Pos Kawalan Operasi Bomba (PKOB) berkata, beliau mahu mendapatkan perkembangan terkini secara langsung daripada pasukan penyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Bomba, Maritim Malaysia, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

DATO Mohd Chee Kadir turun padang bagi meninjau perkembangan SAR melibatkan dua beranak yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong. Foto: Bomba Zon 3 Sarawak

Beliau menegaskan, usaha mengesan mangsa perlu dipergiat dengan memperluas kawasan pencarian beberapa kilometer lagi, khususnya di perairan Sungai Kabong dan sekitar pesisir pantai.

“Saya harap keluarga mangsa terus bersabar menghadapi dugaan ini. Kita sama-sama berdoa agar kedua-dua mangsa dapat ditemui dengan selamat dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan SAR dilaporkan sedang giat melaksanakan pencarian menggunakan bot penyelamat dengan tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti berisiko berdasarkan arah tiupan angin serta arus laut.

Setakat petang tadi, operasi SAR masih diteruskan dan pihak berkuasa memberi jaminan usaha pencarian akan dilakukan secara menyeluruh sehingga perkembangan positif diperoleh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Naik Taraf di SJK Chung Hua belum siap – Johnny Pang
Next: Dekati masyarakat, Amanita IPD Sri Aman bertemu komuniti Taman Tiara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.