Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kabong prihatin sumbang kerusi roda, ringankan beban penduduk 
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kabong prihatin sumbang kerusi roda, ringankan beban penduduk 

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir serta isteri, Datin Meryani Yassin menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk yang memerlukan di Rumah Bagus, Simpang 4, Plassu Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Keprihatinan terhadap kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir apabila beliau menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk yang memerlukan di Rumah Bagus, Simpang 4, Plassu Kabong, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan dalam satu lawatan kebajikan yang turut disertai isteri beliau, Datin Meryani Yassin, bagi menyantuni Ganin Dangut, 53, di kediamannya.

Dalam lawatan tersebut, Chee Kadir menyerahkan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan harian Ganin yang kini berdepan kekangan fizikal.

Ganin disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu, selain kehilangan penglihatan dan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 24 Jun 2024.

Menurut Chee Kadir, sumbangan itu amat penting bagi membantu Ganin menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Sarikei dengan lebih selesa dan teratur.

Beliau berkata, bantuan tersebut adalah manifestasi keprihatinan seorang wakil rakyat dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan sentiasa terbela.

Chee Kadir berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung Ganin serta memberi sedikit keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian dan rawatan perubatan berterusan.

“Saya akan terus turun padang bertemu rakyat, melihat sendiri keperluan mereka serta bertukar pandangan mengenai perkembangan di kawasan yang saya wakili, sebagai usaha mengeratkan hubungan sejak awal saya diberi amanah sebagai wakil rakyat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kesesakan teruk lumpuhkan aliran trafik di Lawas
Next: APM Serian tingkat kesedaran komuniti terhadap risiko bencana susulan tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.