Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Engkilili tampil hulur sumbangan mangsa kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Engkilili tampil hulur sumbangan mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 2 days ago
TURUN PADANG… Pusat Khidmat ADUN Engkilili turun padang bagi menyampaikan bantuan berupa makanan kering dan keperluan harian yang disalurkan kepada mangsa di PPS Dewan Komuniti Lubok Subong, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Engkilili

LUBOK ANTU: Kepayahan yang dialami mangsa kebakaran di Rumah Lintong, Nanga Kesit, Lemanak di sini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa.

Menerusi Pusat Khidmat ADUN Engkilili, bantuan berupa makanan kering dan keperluan harian telah disalurkan kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Lubok Subong.

Bantuan itu disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Engkilili, Kaunselor Melo Agan bersama Timbalan Ketua Cawangan PDP Engkilili, Kaunselor Demong Batu.

Menurut Melo, sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial ADUN Engkilili terhadap mereka yang terkesan, meskipun kawasan kejadian bukan di bawah seliaan beliau sebagai wakil rakyat.

“Besar harapan saya agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan kesusahan yang dialami oleh mangsa kebakaran di Rumah Lintong, Nanga Kesit, Lemanak ini.

“Semoga mereka tabah dan bersabar dengan dugaan yang dihadapi,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 10.03 pagi Isnin lalu, rumah panjang dua tingkat separuh kekal itu musnah sama sekali.

Seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga terjejas dan hilang tempat tinggal, namun bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Kejadian berlaku ketika masyarakat Dayak di Sarawak sedang membuat persiapan menyambut perayaan Hari Gawai Dayak yang bakal tiba tidak lama lagi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Jalan baharu Nanga Geremai kini siap, hubungkan 10 rumah panjang di kawasan pedalaman Kanowit
Next: DUN: RM50 juta untuk atasi banjir Miri, dua stesen pam utama dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.