Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Dudong sumbang barangan asas kepada 42 keluarga Ulu Durin
  • WILAYAH

ADUN Dudong sumbang barangan asas kepada 42 keluarga Ulu Durin

Utusan Sarawak 8 hours ago
BANTU RAKYAT…Boon Siew (enam kanan) menyerahkan sumbangan tersebut kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Boon Chuen (dua kanan), Li (dua kiri) serta yang lain di Sibu semalam.

SIBU: Seramai 42 keluarga di bawah kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Durin menerima sumbangan barangan keperluan asas menerusi program Projek Khas yang disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Tiong King Sing, semalam.

Sumbangan itu disalurkan hasil usaha Kapitan kawasan berkenaan, Li Siew Ching, yang memohon peruntukan bagi membantu penduduk kampung yang memerlukan.

Setiap keluarga menerima barangan seperti mi segera, biskut, minyak masak, beras putih serta lampu tenaga solar bagi meringankan beban perbelanjaan harian.

UNTUK KENANGAN…Boon Siew (barisan depan, enam kanan), Boon Chuen (barisan depan, empat kanan), Li (barisan depan, empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama penerima bantuan tersebut di Sibu semalam.

Majlis pengagihan bantuan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Teo Boon Siew, dengan kehadiran pemimpin masyarakat tempatan termasuk Penghulu Teo Boon Chuen.

Dalam pada itu, Li merakamkan penghargaan kepada Tiong atas keprihatinan beliau dalam membantu rakyat, khususnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Beliau turut berharap penduduk kampung terus memberikan kerjasama dan proaktif mengemukakan keperluan serta permohonan bantuan melalui wakil rakyat bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM400,000 naik taraf kiosk jualan makanan di Kampung Nangka, Sibu
Next: Kerajaan Sarawak komited perkasakan pembangunan luar bandar inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.