Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • ADUN Bukit Begunan saran ibu bapa pilih sekolah aliran Cina demi masa depan anak
  • PENDIDIKAN

ADUN Bukit Begunan saran ibu bapa pilih sekolah aliran Cina demi masa depan anak

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang pada Majlis Perasmian RTP serta Sambutan Tahun Baharu Cina di SJKC Chung Hua Bangkong, Pantu, pagi tadi. Foto ADUN Bukit Begunan

PANTU: Ibu bapa dan penjaga disaran agar tidak teragak-agak untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pendidikan di sekolah aliran Cina bagi mendepani cabaran globalisasi yang semakin sengit.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, langkah itu dilihat sebagai satu pelaburan masa depan yang bijak memandangkan kepentingan bahasa tersebut di peringkat dunia.

​Menurut beliau, penguasaan bahasa Mandarin kini bukan lagi sekadar nilai tambah, sebaliknya telah menjadi bahasa perdagangan dan perniagaan antarabangsa yang utama.

​”Kepentingan bahasa Mandarin tidak dapat dinafikan lagi kerana ia merupakan bahasa yang digunakan secara meluas oleh masyarakat dunia dalam pelbagai sektor ekonomi,” jelas beliau.

​Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Sambutan Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Bangkong, Pantu, pagi tadi.

ADUN Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang pada Majlis Perasmian RTP serta Sambutan Tahun Baharu Cina di SJKC Chung Hua Bangkong, Pantu, pagi tadi. Foto ADUN Bukit Begunan

​Dalam majlis tersebut, Mong turut merasmikan projek bina baharu Dataran Kejat Berbumbung (Astaka) berjumlah RM80,000 serta projek naik taraf bilik darjah bernilai RM100,000 melalui peruntukan RTP.

​Mengulas mengenai kemudahan tersebut, beliau menjelaskan bahawa kewujudan astaka itu akan memudahkan penganjuran aktiviti sukan dan pertandingan di sekolah berkenaan selain bergantung kepada padang SK Munggu Bringgin.

Menyentuh mengenai aspek perpaduan, Mong menekankan bahawa perayaan Tahun Baharu Cina di Sarawak adalah simbol keharmonian yang dirayakan bersama oleh semua lapisan bangsa dan kaum.

​”Semangat kebersamaan ini sangat unik di Sarawak. Perayaan sebegini menjadi platform terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua,” tambah beliau lagi.

​Sebagai tanda sokongan berterusan, beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM20,000 yang dibahagikan sama rata kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengurusan Sekolah.

​Guru Besar SJKC Chung Hua Bangkong, Jee Chen Fui, dalam ucapannya menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga atas keprihatinan wakil rakyat itu dalam menyalurkan dana keseluruhan berjumlah RM180,000 bagi kemajuan sekolah.

​Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja dan penyumbang yang sentiasa menyokong usaha pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar perlu adaptasi perubahan, kuasai ilmu baharu – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.