Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Adil ketika negara hadapi Covid-19
  • TEMPATAN

Adil ketika negara hadapi Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam adalah adil ketika negara menghadapi wabak pademik covid-19 ini.

Abang Johari berkata, belanjawan yang dibentangkan semalam sekurang-kurangnya dapat membantu Sarawak dalam menghadapi cabaran yang agak sukar disebabkan oleh Covid-19.

“Terima Kasih kepada kerajaan persekutuan khususnya di bawah kepimpinan Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah membentangkan bajet yang saya nampak dapat membantu dalam rakyat hadapi covid-19,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang di sebuah hotel terkemuka di sini , semalam.

Abang Johari mengulas lanjut, saya ucapkan terima kasih juga kepada Kerajaan persekutuan kerana telah memberi balik peruntukan untuk penyukatan tanah NCR.

“Kita juga memperoleh peruntukan untuk penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bernilai RM 41 juta.

“Saya berpuas hati setidak-tidaknya ia dapat membantu kita (Sarawak) dalam menghadapi cabaran yang agak sukar disebabkan oleh Covid-19, kerajaan juga telah memberi peruntukan infrastruktur yang berjumlah 4.5 bilion ini adalah bertujuan untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan,” jelasnya.

Terdahulu Belanjawan 2021 dibentangkan di Parlimen semalam oleh Menteri Kewangan Tengku, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Oleh JEAKQLEYN YACHO & ASYRAF HALIM

Continue Reading

Previous: Bantuan beri kelegaan kepada 50,521 penerima
Next: AKSES inisiatif pendidikan seni formal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.