Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Adidas lancar ‘Home of Sports’ di The Spring, — Cawangan Ke-5 di Borneo
  • TEMPATAN

Adidas lancar ‘Home of Sports’ di The Spring, — Cawangan Ke-5 di Borneo

Utusan Sarawak 10 hours ago
 SIMBOLIK PERASMIAN..Majlis perasmian dimeriahkan dengan kehadiran beberapa nama besar industri termasuk Raymond Sim dan June Sui dari Lea Sports Centre, Thibault Durand dari Adidas SEA, serta Preston Page, Pengurus Negara Adidas Malaysia. Turut hadir, Datin Christine Ling mewakili pengurusan The Spring di sini, hari ini.

KUCHING: Jenama sukan global terkemuka, Adidas, terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia Timur dengan pelancaran cawangan baharu bertemakan ‘Home of Sports’ di The Spring, di sini.

Ini merupakan premis kelima Adidas di Sabah dan Sarawak, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan jenama itu terhadap pasaran Borneo.

Bukan sekadar sebuah kedai, cawangan baharu ini turut berfungsi sebagai pusat gaya hidup sukan yang menggabungkan elemen fesyen, inovasi dan teknologi terkini, dengan rekaan premis yang meraikan ekspresi diri dan menyokong gaya hidup aktif.

SEKITAR pelancaran cawangan baharu bertemakan “Home of Sports” Adidas di The Spring, Kuching.

Majlis perasmian dimeriahkan dengan kehadiran beberapa nama besar industri termasuk Raymond Sim dan June Sui dari Lea Sports Centre, Thibault Durand dari Adidas SEA, serta Pengurus Negara Adidas Malaysia, Preston Page.

Sempena pembukaan tersebut, Adidas menawarkan promosi istimewa seperti program Beli & Menang, yang memberikan peluang kepada pelanggan memenangi beg galas eksklusif bernilai RM169 dari 8 Julai hingga 10 Ogos dan potongan harga istimewa pula ditawarkan untuk semua pembelian dari 8 hingga 13 Julai.

Orang ramai dijemput mengunjungi Adidas Home of Sports di The Spring, Kuching, untuk merasai sendiri pengalaman beli-belah yang menggabungkan dunia sukan dan gaya hidup dalam satu destinasi premium.

Turut hadir ialah Datin Christine Ling yang mewakili pihak pengurusan The Spring.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Tan Kai and Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi discussed on crime prevention 
Next: Pusat Perlindungan Bayi bukan galak hamil luar nikah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.