Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Adet Tapok Penan’ satukan kaum Penan
  • TEMPATAN

‘Adet Tapok Penan’ satukan kaum Penan

Utusan Sarawak 5 years ago
KEBUDAYAAN… Wanita Penan mempersembahkan tarian kebudayaan untuk tontonan Kennedy Chuk Pai.

BELAGA: Ketua Kaum Penan bersetuju ‘Adet Tapok Penan’ sebagai signature event masyarakat Penan Daerah Belaga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chuk Pai Ugon berkata, objektif utamanya adalah untuk menyatupadukan kaum Penan di Daerah Belaga selain memelihara adat dan Kebudayaan masyarakat Penan.

“Kita telah mencadangkan agar masyarakat Penan di Daerah Belaga mengadakan satu acara kebudayaan sebagai ‘Signature Event’ kaum Penan yang akan digilir-gilirkan antara penempatan kaum penan di Daerah Belaga setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program “Jah Nyun Pevun Kejahie” bersama-sama semua ketua masyarakat, ketua kaum Suku Kaum Penan Daerah Belaga di Lusong Laku, Sg. Linau, Belaga.

Program tersebut bagi berbincang serta berkongsi pandangan mengenai banyak perkara terutamanya berkenaan halatuju masyarakat Penan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum dalam pelbagai bidang merangkumi aspek keagamaan, pendidikan, memelihara kebudayaan serta sosioekonomi.

Menurutnya, program terbabit akan digilir-gilirkan antara penempatan kaum Penan di Daerah Belaga setiap tahun.

“Jutaan terima kasih kepada Penghulu Luhat Anyub, Maren Uma Tingang Jati sebagai pengerusi JKKK Lusong Laku selaku pengerusi pengelola program ini serta semua ketua kaum atau ketua kampung suku kaum Penan dari kawasan Sungai Linau, Tegulang, Metalun dan Long Urun,” katanya.

Sehubungan itu katanya, menerusi program tersebuti juga mampu mengeratkan lagi perpaduan, kerjasama serta memberi semangat untuk suku kaum Penan.

“Kita berharap agar kaum Penan terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti kaum-kaum lain bak kata pepatah duduk sama rendah  berdiri sama tinggi dengan bangsa lain,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Michael Mujah Lihan.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar
Next: Dikehendaki pasang Wristband

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.