Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Adaptasi teknologi Jepun, tangani masalah banjir
  • TEMPATAN

Adaptasi teknologi Jepun, tangani masalah banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian merakamkan gambar kenangan bersama para penganjur dari Persatuan Kebajikan Bersatu Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak akan mengguna pakai kaedah kolam takungan kering dalam menangani masalah banjir di sekitar bandar raya ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata strategi itu merupakan adaptasi daripada teknologi Jepun dan penting sebagai jalan penyelesaian kepada isu itu.

“Konsep pelaksanaan kolam takungan kering ini adalah dengan mengalirkan air yang melimpah ke kolam takungan banjir bagi mempercepat aliran air berlebihan di kawasan perumahan.

“Pada masa ini, air berlebihan akibat hujan lebat telah mengakibatkan banyak jalan terputus dan air dari parit naik me kawasan perumahan yang mengakibatkan banjir kilat terjadi,” katanya.

PENGHARGAAN… Datuk Amar Dr.Sim Kui Hian menerima buah tangan daripada wakil Persatuan Kebajikan Bersatu Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pertandingan Harmonius Spring 2025 di salah sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Sim berkata kolam takungan kering itu akan berfungsi sebagai pusat riadah untuk kegunaan masyarakat pada hari biasa.

Tanpa menyatakan kos yang digunakan dalam pembuatan kolam itu, Sim memberitahu bahawa sebanyak empat kolam takungan kering sedang dibina di Batu Kawah, melibatkan kawasan seluas 30 hektar tanah.

“Kos sebenar tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada saiz kolam serta pelbagai faktor luar jangka yang boleh mempengaruhi pembinaannya seperti jenis tanah dan kos tanah,” jelasnya. 

Mengulas berkenaan pertandingan itu, Dr. Sim memuji pihak penganjur iaitu Persatuan Kebajikan Bersatu Kuching dalam usaha mengadakan pertandingan yang diyakini akan memeriahkan lagi perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, program kebajikan itu mencerminkan perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam menyambut perayaan di negeri ini dengan penuh meriah tanpa mengira bangsa.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sasaran 100 pemimpin wanita dalam PERANTIS
Next: 13 anak bekas anggota GISB kekal berada di institusi JKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.