Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Ada yang tidak kena dalam skuad United’ – Amorim
  • SUKAN

‘Ada yang tidak kena dalam skuad United’ – Amorim

Utusan Sarawak Posted on 11 months ago
IMG_7610

Ruben Amorim. Foto AFP

LONDON: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui ‘ada sesuatu perlu diubah’ dalam pasukannya selepas tekanan terhadapnya terus memuncak susulan kekalahan memalukan kepada Grimsby Town dalam saingan Piala Liga.

Dalam kejutan terbesar era pasca-Alex Ferguson, skuad Red Devils gagal menundukkan lawan yang 70 anak tangga di bawah mereka malah tumpas menerusi penentuan penalti 12-11 selepas terikat 2-2 di masa sebenar.

Amorim, 40, nyata kecewa dan buntu, apatah lagi selepas menerima sokongan penuh lembaga kelab dan berbelanja lebih 200 juta pound (RM1.13 bilion) musim ini untuk membawa masuk bintang seperti Bryan Mbeumo, Matheus Cunha dan Benjamin Sesko.

“(Saya) tidak mempunyai jawapan lagi. Saya tidak ada apa untuk dikatakan,” kata pengendali berusia 40 tahun itu.

Amorim mengakui persembahan hambar pasukannya di awal permainan membuktikan ada yang tidak kena dalam skuad kendaliannya.

“Saya fikir ada sesuatu yang perlu diubah,” katanya. 

“Saya fikir pasukan dan pemain sudah meluahkan perkara itu,” katanya. – AFP

About the Author

Utusan Sarawak

Editor

View All Posts

Post navigation

Previous: RiTJ 2.0: Hujan, Kotak dan Loudness bakal gegar pentas Sarawak
Next: Gegaran terbaharu di Segamat, rekod empat gempa dalam seminggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.