Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ada sinar baharu setelah 10 tahun penantian – Dr Sim   
  • WILAYAH

Ada sinar baharu setelah 10 tahun penantian – Dr Sim   

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain menyempurnakan upacara Ngiling Bidai 2023 anjuran SUPP Cawangan Bawang Assan, tengah hari tadi.
 

SIBU: Setelah 10 tahun penantian, akhirnya akan ada sinar pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata sedemikian mengesahkan bahawa Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tujuan pembangunan di kawasan tersebut.

“Ini akan memberi sinar pembangunan di kawasan ini selepas selama 10 tahun ‘tengok saja’.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keyakinan beliau kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk menjalankan projek tersebut.  

“Kita akan berbincang dengan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting dan Senator Robert Lau Hui Yew kerana agensi pelaksana bukan wakil rakyat dan bukan SUPP, pembiayaannya kerajaan, ia mesti dilakukan oleh agensi kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai 2023 anjuran SUPP Cawangan Bawang Assan, tengah hari tadi.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menggesa rakyat khususnya ahli parti supaya bekerjasama dalam memastikan GPS dapat merampas kembali kerusi DUN Bawang Assan.

“Ini adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan lebih peruntukan bagi pembangunan kawasan Bawang Assan.

“Jika tidak menang, kami hanya boleh ‘tengok saja’ dan kami (di Bawang Assan) telah memerhati selama 10 tahun.  

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bermurah hati dengan memberikan sedikit peruntukan.  

“Apa yang penting selepas ini, kita mesti ambil tindakan untuk memastikan kemenangan GPS di DUN Bawang Assan adalah penting untuk lebih banyak peruntukan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Michael Tiang, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi SUPP Cawangan Bawangan Assan Senator Robert Lau Hui Yew, Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming, Temenggong Stanley Geramong Bandar serta yang lain.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 2,400 peserta sertai larian amal sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka
Next: STATOB platform perluaskan ekonomi Brunei-Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.