Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ada ‘kakak’ membawanya ke sana — bapa saudara dakwa kanak-kanak cerita pengalaman misteri
  • Selatan
  • WILAYAH

Ada ‘kakak’ membawanya ke sana — bapa saudara dakwa kanak-kanak cerita pengalaman misteri

Utusan Sarawak 11 hours ago
(Kiri) Bapa saudara, Mohd Zulkifli Safiee, 40 yang menemui dua kanak-kanak perempuan hilang di Kampung Pasir Pandak awal pagi ini mendakwa mangsa ada memaklumkan bahawa mereka ‘dibawa kakak’ ke lokasi tersebut sebelum ditemui.

SANTUBONG: Bapa saudara, Mohd Zulkifli Safiee, 40 yang menemui dua kanak-kanak perempuan hilang di Kampung Pasir Pandak awal pagi ini mendakwa mangsa ada memaklumkan bahawa mereka ‘dibawa kakak’ ke lokasi tersebut sebelum ditemui.

Menurutnya, dia bersama dua rakannya kembali ke kawasan pencarian selepas berasa ‘tergerak hati’ untuk memeriksa semula sebuah kawasan berbatu berhampiran Batu Merah, sekalipun operasi ketika itu terganggu oleh hujan lebat.

“Kami bertiga pergi dulu. Polis pun tadi ada bawa anjing pengesan naik ke kawasan itu, tapi bila hujan turun, kesan bau hilang. Jadi kami rasa perlu cari sekali lagi,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata ketika tiba di kawasan berbatu tersebut, mereka terlihat dua kanak-kanak itu dalam keadaan merangkak di atas batu besar.

“Kami nampak mereka merangkak atas batu. Bila saya panggil, salah seorang terus memeluk saya. Saya tanya, ‘apa kamu buat di sini?’, dan dia jawab: ‘ada kakak bawa kami ke sini… bawa kami mandi di sini’. Itu saja yang dia sempat cakap,” katanya.

Menurutnya, beliau sendiri tidak pasti siapa dimaksudkan dengan ‘kakak’ tersebut.

“Saya tidak sempat tanya lebih lanjut. Mereka berdua sudah keletihan, kami hanya fokus nak angkat dan bawa turun,” katanya.

Beliau menggambarkan kawasan Batu Merah itu sebagai kawasan ‘keras’, terdiri daripada batu-batu besar yang sebahagiannya tertutup semak dan terletak berhampiran tebing menghala ke laut.

“Tempat itu memang batu terdampar besar-besar. Kawasan orang lama kata keras. Bukan dekat sungai, tapi di bahagian bukit, berhampiran laut,” katanya.

Beliau berkata sebaik menemui kedua-dua mangsa, mereka terus memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain sebelum pasukan penyelamat tiba.

“Kami tidak ada telefon ketika itu. Anak buah saya yang lain yang telefon keluarga dan beritahu bahawa kanak-kanak itu sudah dijumpai,” katanya.

Kedua-dua kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah dan kesejukan, namun selamat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Lokasi kanak-kanak hilang, agak ‘keras’ kata saksi
Next: Eksklusif: Ammar curi hati orang ramai dengan azan merdu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.