Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu
  • GLOBAL

Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELANCONG berjalan di hadapan Kuil Parthenon ketika mereka melawat tapak arkeologi Acropolis di Athens pada 14 Jun 2023 lalu. Kementerian Kebudayaan Greece pada 8 Julai 2025, mengarahkan penutupan sebahagian Acropolis, monumen terkemuka negara itu, untuk melindungi pelawat di tengah-tengah keadaan gelombang panas. Kementerian dalam satu kenyataan berkata tapak itu akan ditutup dari 1:00 hingga 5:00 petang (1000 hingga 1400 GMT) ‘untuk keselamatan pekerja dan pelawat, berikutan suhu tinggi.’ Foto file AFP


ATHENS: Gelombang haba ketiga tahun ini mendorong suhu mencecah 42 darjah Celsius di Greece.

Buah kali tahun ini, Acropolis di Athens ditutup pada waktu tengah hari bagi melindungi pelancong dan kakitangan daripada terik matahari. Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan berkuat kuasa dari 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kementerian Buruh turut mengambil tindakan susulan suhu tinggi dengan melarang kerja fizikal luar di kawasan terjejas teruk antara 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang. Larangan ini meliputi kerja pembinaan dan pertanian.

Perkhidmatan penghantaran makanan dan kopi menggunakan motosikal juga perlu diberhentikan sementara, kecuali penghantar menggunakan kenderaan berhawa dingin.

Syarikat yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga €2,000 (AS$2,348) bagi setiap pekerja terjejas.

Suhu tinggi dilaporkan di Semenanjung Chalkidiki, Euboea, Greece tengah, wilayah Attica sekitar Athens, dan barat Crete.

Gelombang panas dijangka berterusan hingga Rabu, dengan suhu diramal menurun ke paras lebih selesa iaitu 30 darjah pada Khamis. Pakar memberi amaran risiko kebakaran hutan yang sangat tinggi, terutama dengan angin kencang tempatan yang boleh mencetuskan api dalam beberapa minit.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lapangan Terbang Marseille ditutup, semua penerbangan digantung ekoran kebakaran hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.