Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aceh promosi emas, minyak, gas pikat pelabur asing
  • GLOBAL

Aceh promosi emas, minyak, gas pikat pelabur asing

Utusan Sarawak 2 days ago
PARA pemancing bersaing dalam satu pertandingan memancing di sebuah pantai di Banda Aceh pada 12 Oktober 2025. Foto AFP

JAKARTA: Wilayah Aceh, di Indonesia sedang meningkatkan usaha untuk menarik pelabur dari China dan Asia Tenggara, dengan mempromosikan rizab minyak, gas dan emasnya sebagai sebahagian daripada tarikan untuk memacu pelaburan mampan serta kerjasama serantau.

Gabenor Aceh Muzakir Manaf ketika berucap pada Persidangan Kerjasama dan Pembangunan ASEAN-China mengenai Makanan dan Pertanian di Henan, China pada Isnin berkata wilayah itu menawarkan salah satu pasaran yang paling menarik di rantau ini bagi pembangunan sumber asli dan perniagaan tani.

“Ketika ini, Aceh mempunyai potensi minyak dan gas terbesar selepas Timur Tengah.

“Aceh juga memiliki rizab emas terbesar di Indonesia, enam kali ganda lebih banyak daripada yang ditemui di Papua,” kata gabenor yang juga dikenali sebagai Mualem, menurut laporan Serambi News. 

Pada persidangan itu, PT Pembangunan Aceh, iaitu perusahaan milik wilayah itu memeterai memorandum persefahaman dengan Zhongke Holdings Green Technology Co Ltd yang berpangkalan di Henan, untuk membangunkan zon perindustrian ayam dan telur berteknologi tinggi serta mesra alam.

Muzakir berkata perkongsian itu menekankan mengenai tarikan yang dimiliki oleh Aceh untuk menarik pelabur asing, selain memacu pemindahan teknologi, meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan hubungan perdagangan di seluruh ASEAN.

“Kedudukan Aceh dalam laluan perkapalan antarabangsa dan peranannya sebagai pintu masuk di barat Indonesia memberi kelebihan strategik kepada pelabur yang ingin menembusi pasaran di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan wilayah itu kekal komited untuk mengekalkan iklim pelaburan yang telus dan mampan, dengan sokongan penuh daripada kerajaan pusat di Jakarta.

“Marilah kita terus membina jambatan kerjasama, inovasi dan persahabatan untuk kemajuan kita bersama,” kata Muzakir.

-BERNAMA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Marapi di Indonesia meletus, abu selubungi sebahagian Sumatera Barat
Next: 20 maut dalam kebakaran bas di negeri Rajasthan, India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.