
LIMBANG: Persatuan Kebajikan Anak Dayak Limbang-SEREPAK DAYAK Pampang Limbang mengadakan acara makan bersama (makai serumpu) bersama dengan penduduk rumah Rima, Kampung Selidung di sini.
“Kami merakamkan terima kasih kepada penduduk dan Ketua Kampung kerana sudi mengizinkan kami membuat aktiviti ini bersama penduduk setempat.
“Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi pergaulan dengan masyarakat setempat di sekitar kawasan Limbang,” kata jurucakapnya.