
MUKAH: Mohd Syawal muncul johan bagi kategori lelaki terbuka 5 kilometer (km) dalam acara larian Larian Kaul Mukah 2026 yang berlangsung meriah, hari ini.
Tempat kedua dimenangi Desridhel Hamidin manakala tempat ketiga menjadi milik Azreen Abdul Malek.
Bagi kategori wanita terbuka 5km, Esmeralda muncul juara, diikuti Adeline Alma Michael di tempat kedua dan Nur Azatul Hanim di tempat ketiga.
Dalam kategori wanita senior 5km, Nor Zehan Mahros menjuarai perlumbaan, diikuti Ling Mee Eng dan Syarifah Norkamilla masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kategori lelaki senior 5km pula menyaksikan Lau Seng Fung muncul johan, diikuti Sia Yee Fong di tempat kedua dan Fernandez Sunsick Udeh di tempat ketiga.
Sementara itu, bagi kategori lelaki terbuka 10km, Mohd Faris Syami menjuarai acara tersebut, diikuti Fazrul di tempat kedua dan Syahrul Safri di tempat ketiga.
Dalam kategori wanita terbuka 10km, Yunizer Suhaili muncul johan, manakala Bong Gia Chyi di tempat kedua dan Bunga Budat di tempat ketiga.
Kategori lelaki senior 10km dimenangi Mohd Sharif Mohd Ekbar, diikuti Azmain dan Kalches Sim masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori wanita senior 10km, Lim Set Hiang muncul juara, diikuti Kiew Sui Hua dan Joanna Eng Siew Jin.


Upacara pelepasan peserta dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2026, Abdul Yakub Arbi.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang tiket bertuah dan pertandingan fesyen pakaian Melanau kontemporari si cilik.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fridah Osman, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip, Ketua Polis Daerah, DSP Muhamad Rizal Alias, serta Pegawai Pusat Khidmat P213 Mukah, Almalhakim Norshidi.
Oleh Akun Giman