Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Acara istimewa ‘Kek Nyalang’ sempena Hari Sarawak, 22 Julai ini
  • TEMPATAN

Acara istimewa ‘Kek Nyalang’ sempena Hari Sarawak, 22 Julai ini

Utusan Sarawak 24 hours ago
DATANG RAMAI-RAMAI… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Lee Jun Tak mengesyorkan poster ‘Kek Nyalang’ yang akan diadakan pada 22 Julai ini di Boulevard Shopping Mall.

MIRI: Persatuan Prihatin Masyarakat Miri (PPMM) akan mengadakan acara ‘Kek Nyalang’, iaitu perkongsian kek pelbagai budaya yang pertama di negeri ini sempena Hari Sarawak Selasa ini, 22 Julai.

Presiden PPMM merangkap pengerusi penganjur Lee Jun Tak berkata, bahawa acara ini bertemakan kepelbagaian etnik dan budaya yang diadakan khusus untuk meraikan golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, beberapa pertubuhan berkaitan OKU juga dijemput untuk turut serta dalam program ini.

“Terdapat lebih 60 kedai jenama kek terkenal akan menyertai program ini, menawarkan lebih daripada 150 jenis kek istimewa untuk dinikmati oleh pengunjung semuanya demi tujuan derma amal.

“Bagi pengunjung yang membawa kek sendiri, mereka dibenarkan untuk menikmati kek-kek yang disediakan. Bagi mereka yang tidak membawa kek tetapi ingin turut serta, mereka hanya perlu menyumbang RM50 untuk menikmati pelbagai kek pada hari tersebut,” katanya.

Tambahnya, program yang mendapat sokongan daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang akan diadakan di Boulevard Shopping Mall dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.

“Kesemua dana yang dikutip akan diderma sepenuhnya kepada Oikos Centre Miri, bagi membantu kos operasi harian dan menyokong lebih banyak keluarga yang memerlukan.

“Selain itu, seramai 200 orang OKU yang telah dijemput hadir akan menerima sebungkus beras 5 kilogram (kg) yang ditaja oleh Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd.

“Berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik serta menggalakkan tindakan kasih sayang melalui amalan memberi,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Sebastian Ting berkata acara bertemakan ‘Kek Nyalang’ ini merupakan satu bentuk ekspresi yang inovatif dan menyentuh hati, serta amat bermakna.

“Hari Sarawak merupakan hari yang penting untuk dikenang bersama semua rakyat Sarawak, bukan sahaja kerana nilai sejarahnya tetapi juga sebagai simbol perpaduan dan identiti emosi rakyat.

“Generasi muda perlu didedahkan dengan sejarah Hari Sarawak melalui pelbagai pendekatan agar mereka dapat menanamkan rasa cinta dan kekitaan terhadap tanah air.

“Penyertaan aktif komuniti mencerminkan kasih sayang rakyat Sarawak, kami mengalu-alukan lebih banyak acara yang menggabungkan elemen budaya, kebajikan dan kekuatan komuniti.

“Oleh itu, pelancong bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam tetapi juga merasai kehangatan rakyat Sarawak,” katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Rock Empayar, membangun empayar seni dari lensa dan jiwa
Next: Premier Sarawak serah kunci rumah baharu kepada 59 nelayan Beladin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.