Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ABIM gesa tindakan proaktif tangani kemalangan kenderaan berat
  • SEMASA

ABIM gesa tindakan proaktif tangani kemalangan kenderaan berat

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa tindakan intervensi yang lebih proaktif dan menyeluruh segera dilaksanakan bagi menangani kemalangan membabitkan kenderaan berat, khususnya lori yang kini dilihat semakin membimbangkan.

Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata insiden tragis yang meragut sembilan nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak baru-baru ini jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk kerajaan mengambil langkah drastik bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Meskipun Kementerian Pengangkutan telah memulakan siasatan, ABIM berpandangan pendekatan pencegahan awal perlu diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata ABIM mencadangkan beberapa langkah segera antaranya penguatkuasaan pemeriksaan ketat terhadap kenderaan berat termasuk aspek teknikal kenderaan, kelayakan pemandu serta rekod pemilikan dan penyelenggaraan.

Tambah beliau turut dicadangkan agar kenderaan berat yang dikenal pasti bermasalah melalui pemeriksaan atau aduan awam diharamkan daripada terus berada di atas jalan raya.

Ahmad Fahmi berkata had waktu operasi kenderaan berat juga wajar ditetapkan dengan mempertimbangkan larangan penggunaannya di jalan awam pada waktu puncak bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Kami juga menggesa supaya tindakan serta-merta diambil oleh pihak penguat kuasa terhadap mana-mana kenderaan berat yang tidak mematuhi piawaian keselamatan atau melanggar peraturan jalan raya,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ahli PDP diingatkan utamakan rakyat, elak pecah belah GPS
Next: Kerajaan diseru beri pengiktirafan lebih besar kepada jururawat – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.