Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abdullah Saidol ziarah jurufoto Bernama di HUS
  • Selatan
  • WILAYAH

Abdullah Saidol ziarah jurufoto Bernama di HUS

Utusan Sarawak 5 hours ago
ZIARAH…Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS), Datuk Abdullah Saidol hari ini menziarahi jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak, Razali Nordin yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS), Datuk Abdullah Saidol hari ini menziarahi jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak, Razali Nordin yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lawatan itu turut disertai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, yang bersama-sama menyampaikan sumbangan peribadi serta sumbangan daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi UKAS sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pesakit.

Abdullah berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban Razali selain memberi semangat untuk beliau terus tabah menghadapi ujian kesihatan yang dialami.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS), Datuk Abdullah Saidol hari ini menyampaikan sumbangan kepada jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak, Razali Nordin yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Ziarah dan sumbangan seperti ini adalah tanda keprihatinan dan penghargaan kepada jasa bakti warga media yang banyak menyumbang, khususnya dalam penyebaran maklumat serta merapatkan jurang kefahaman antara masyarakat dan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Razali segera sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Razali, 54, yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang kewartawanan, kini sedang menerima rawatan akibat komplikasi kesihatan melibatkan injap jantung, batu karang, gangguan buah pinggang serta diabetes.

Dalam lawatan sama, Abdullah turut menziarahi anak kepada kakitangan UKAS, Rais Sanusi, yang sedang dirawat di HUS akibat masalah pernafasan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Kampung Tian bergema muzik dan tarian malam Sabtu ini
Next: Gangguan telekomunikasi di Lawas jejas perhubungan dan urusan harian, penduduk mohon penyelesaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.