Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kelewatan jambatan Batang Paloh sebab kapal langgar tiang
  • SEMASA

Kelewatan jambatan Batang Paloh sebab kapal langgar tiang

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Abdullah Saidol bersama Datuk Aidil Lariwoo mengadakan perjumpaan bersama agensi pelaksana dan kontraktor pembinaan jambatan Paloh, hari ini -Foto UKAS
 

TANJUNG MANIS: Kelewatan hampir setahun pembinaan jambatan Batang Paloh bukan disebabkan kecuaian kontraktor, sebaliknya berpunca daripada isu teknikal kompleks yang tidak dijangka termasuk insiden pelanggaran tiang jambatan oleh sebuah kapal.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata kejadian itu menyebabkan dua tiang jambatan rosak teruk dan terpaksa dibina semula.

“Ini bukan soal kecuaian, tetapi melibatkan insiden luar kawalan. Namun, kelewatan ini menimbulkan kebimbangan, khususnya terhadap kesesakan luar biasa yang dijangka berlaku di pengkalan feri

Batang Paloh jika projek ini terus tertangguh, terutama menjelang hari raya puasa tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan semasa projek itu dalam lawatan kerja bersama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), Datuk Aidil Lariwoo dekat sini, hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata pihaknya berharap penambahan perkhidmatan feri sementara dapat dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim perayaan.

Lawatan itu juga adalah susulan kepada kunjungan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, tiga bulan lalu bagi memastikan semua perancangan untuk mempercepatkan kerja pembinaan dipatuhi oleh kontraktor.

“Walaupun sangat kecewa dengan kegagalan kontraktor untuk menyiapkan projek mengikut jadual baharu, tetapi saya amat menghargai kesungguhan MIPD and Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kerap datang ke tapak projek untuk memberi tekanan kepada kontraktor supaya lebih cekap dan cepat.

“Saya juga amat menghargai keprihatinan pimpinan negeri, termasuk lawatan kerja oleh Datuk Amar Douglas Uggah sebelum ini, yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kelancaran projek,” katanya.

Untuk rekod, tarikh siap asal jambatan berkenaan adalah pada 15 Januari 2026, namun selepas lanjutan masa yang diluluskan (EOT No.10), tarikh baharu jangkaan siap ditetapkan pada 12 September 2026.

Jambatan Batang Paloh merupakan salah satu daripada 16 jambatan yang dibina sepanjang jalan pesisir Sarawak di bawah inisiatif memperkasa jaringan infrastruktur luar bandar. Ia dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan. – TVS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pembinaan SMK Selangau, jalan raya baharu dijangka siap lebih awal – Uggah
Next: Saya tercampak keluar, mayat menimpa saya – mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.