Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abdul Karim ucap tahniah, harap belia dan pelancongan terus diperkasa
  • TEMPATAN

Abdul Karim ucap tahniah, harap belia dan pelancongan terus diperkasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
Abdul Karim ditemui media selepas menghadiri Forum Acara Perniagaan Sarawak 2025 di Hotel Sheraton, hari ini.

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua Ahli Parlimen dari Sarawak yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Beliau berkata, pelantikan tersebut melibatkan Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menurutnya, walaupun rombakan Kabinet berkenaan tidak melibatkan pelantikan menteri penuh baharu dari Sarawak, pelantikan dua timbalan menteri itu tetap signifikan kerana kedua-dua kementerian berkenaan berkait rapat dengan bidang yang turut berada di bawah pengawasan kerajaan Sarawak.

“Dua kementerian ini, di peringkat Sarawak, berada di bawah pemantauan saya dan juga menteri-menteri negeri. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka walaupun mereka bukan daripada parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Abdul Karim berkata, pelantikan tersebut mencerminkan keterbukaan Kerajaan Persekutuan dan berharap kerjasama dapat dijalin dengan baik demi kepentingan Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

Beliau bagaimanapun mengakui kedua-dua timbalan menteri itu masih baharu dalam Kabinet dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab di peringkat persekutuan.

“Apabila berada dalam Kabinet, tanggungjawab mereka bukan hanya menjaga kawasan atau negeri Sarawak, tetapi juga menjaga kepentingan seluruh negara. Ia bukan satu tugas yang mudah, terutamanya bagi mereka yang masih baharu,” katanya.

Dalam konteks Kementerian Belia dan Sukan, Abdul Karim turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri, Hannah Yeoh atas kerjasama erat yang terjalin sebelum ini, khususnya berkaitan penganjuran acara sukan dan persiapan temasya Sukan SEA.

Menurutnya, Hannah memainkan peranan penting dalam menyokong persediaan Malaysia sebagai tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 yang melibatkan empat negeri dan telah diluluskan oleh Kabinet Persekutuan.

“Saya berharap menteri baharu akan meneruskan apa yang telah dirancang, termasuk kaedah dan persediaan yang telah disusun bagi Sukan SEA 2027, walaupun mungkin terdapat dasar baharu yang ingin diperkenalkan,” jelasnya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu memberi keutamaan kepada pembangunan sukan dan atlet, manakala Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dapat memperkukuh pembangunan sektor pelancongan di Sarawak.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Forum Acara Perniagaan Sarawak 2025 yang berlangsung di Hotel Sheraton, hari ini.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh peranan acara perniagaan melalui penubuhan BESA
Next: Kerajaan Sarawak serah pampasan tanah RM981,416.10 untuk projek Jalan Ulu Layar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.