Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abdul Karim: Tolak pertambahan kerusi DUN Sarawak ibarat tidak hormati kehendak rakyat
  • TEMPATAN

Abdul Karim: Tolak pertambahan kerusi DUN Sarawak ibarat tidak hormati kehendak rakyat

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media pada program D’drift Flag Off di Dayak Daily, di Kuching, hari ini.

KUCHING: Penolakan terhadap cadangan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di peringkat Parlimen Persekutuan akan dilihat sebagai tidak menghormati kehendak rakyat negeri ini yang telah meluluskannya secara sebulat suara di DUN Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pindaan Perlembagaan Negeri Sarawak tahun lalu bagi menambah jumlah kerusi DUN daripada 82 kepada 99 telah mendapat sokongan penuh di peringkat negeri.

Menurutnya, proses seterusnya memerlukan pengesahan di Parlimen Persekutuan bagi membolehkan Perlembagaan Persekutuan dikemas kini selaras dengan pindaan tersebut.

“Saya tidak fikir mereka akan menentangnya. Jika ditolak di Parlimen, itu bermaksud tidak menghormati kehendak rakyat Sarawak yang telah meluluskannya secara sebulat suara di DUN,” katanya ketika ditemui media pada program D’drift Flag Off di pejabat Dayak Daily, di sini, hari ini.

Beliau berkata pindaan tersebut kini menunggu untuk dibentangkan dan diluluskan di Parlimen sebelum dapat dikuatkuasakan sepenuhnya. Pengesahan itu diperlukan kerana jumlah kerusi negeri bagi setiap negeri turut dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu diselaraskan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sekiranya pengesahan tidak sempat dilaksanakan dalam tempoh terdekat, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang mungkin masih menggunakan jumlah 82 kerusi sedia ada.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata keputusan mengenai tarikh PRN adalah prerogatif Premier Sarawak. Menurutnya, penggal DUN semasa akan berakhir pada penghujung 2026 berdasarkan sistem Westminster yang menetapkan tempoh lima tahun.

“Bila pilihan raya akan diadakan, sama ada lebih awal atau hampir tamat penggal, itu bergantung kepada pertimbangan Premier,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet Sarawak meskipun pindaan Perlembagaan Negeri sebelum ini membolehkan pertambahan anggota Kabinet.

Katanya, sebarang keputusan berhubung struktur Kabinet, termasuk penggabungan atau pemisahan kementerian, juga merupakan prerogatif Premier.

“Siapa yang perlu berada dalam Kabinet, kementerian mana yang perlu digabungkan atau dipisahkan, semuanya terletak di bawah prerogatif Premier,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan semasa termasuk kemajuan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan mungkin memerlukan penyesuaian struktur kementerian pada masa hadapan.

Namun, buat masa ini tiada perbincangan rasmi mengenai rombakan dan semua anggota pentadbiran negeri akan terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Kita hanya jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Apa-apa perubahan selepas pilihan raya kelak bergantung kepada keputusan Premier,” katanya.

Abdul Karim menegaskan fokus utama ketika ini adalah memastikan kementerian terus berfungsi dengan berkesan tanpa spekulasi mengenai penyusunan semula Kabinet, sambil menyatakan keyakinan bahawa kestabilan politik Sarawak memberi ruang kepada kerajaan negeri menentukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya tanpa menjejaskan pentadbiran.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Karim gesa pembangunan segera projek Pusat Peranginan Borneo Highlands
Next: Pelancongan: Sarawak optimis capai rekod lima juta pelawat tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.