Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Abdul Halim, Michael Mujah Lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara
  • NASIONAL

Abdul Halim, Michael Mujah Lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara

Utusan Sarawak 1 year ago
SETIAUSAHA Politik kepada Premier Sarawak, Michael Mujah Lihan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pagi tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Murum Michael Mujah Lihan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelantikan Abdul Halim yang berkuat kuasa 23 November lepas hingga 22 November 2026 dan Michael bermula 11 Disember 2023 hingga 10 Disember 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KETUA UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pagi tadi. FotoBERNAMA

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari kelima sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada kedua-dua Senator yang baharu.

Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mengekalkan momentum yang produktif dan terus berkongsi input perbahasan dan ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial agar rakyat mendapat maklumat dan manfaat daripada perbahasan di dalam dewan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 35,000 telah kemuka permohonan FLYsiswa – Loke
Next: PM mahu penjawat awam teruskan prestasi cemerlang 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.