Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abdul Halim, Halpie juara Pertandingan Memancing Sungai Petanak
  • TEMPATAN

Abdul Halim, Halpie juara Pertandingan Memancing Sungai Petanak

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Yussibnosh menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

MUKAH:  Abdul Hasyim Mohd Perdaus dan Halpie Piee muncul juara Pertandingan Memancing Sungai Petanak pada hujung minggu lalu.

Kedua-duanya  memenangi kategori ikan terberat dan udang terberat dan masing-masing membawa pulang hadiah berupa trofi dan hamper.

Di dalam kategori ikan terberat,  Hamidah Jahwi dan Norhimin Masni berpuas hati  menduduki tempat kedua dan ketiga, manakala hadiah saguhari milik  Muhamad Ramadhani Ricky, Mohamad Hassrin Hussain, Suhana Ismail dan Muhamad Noor Syafiq Khamis.

Bagi kategori udang terberat, naib johan ialah Mohammad Hazman Ahmad,  tempat ketiga jatuh kepada  Aminuddin Piee, manakala   Joshua Jeffery dan Khairul Rizal mendapat hadiah sagu hati.

Selain itu, penganjur juga menyediakan hadiah kepada peserta ‘ Pemancing Paling Sporting’ yang kemudian dimenangi oleh  Hamidah Jahwi.

Pertandingan yang julung kali itu diadakan itu merupakan anjuran   Pertubuhan Belia Parlimen Mukah (PBPM) dengan kerjasama Kelab Anak Dagang Mukah (KADM), MY Volunteers (MYV), Skuad Anti-dadah Mukah (SAADK) danPertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS)  CawanganTellian (SCT).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Tellian Yussibnosh Balo.

Pertandingan memancing yang bermula di muara hingga hulu  Sungai Petanak tersebut telah disertai  seramai  50 orang peserta.

Turut hadir pada upacara penyampaian hadiah ialah Royston Valentine, Pengerusi Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Penghulu Kampung Petanak, Edmund Innu Sabli, Pemanca Jali Kawi, Ketua Kampung Will Plin, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Mukah Mahadir Darahi, Kr. Jay Keram ,Pengerusi Saberkas Kampung Petanak, Mohammad Tarmizi Karnain dan Mohammad Hafiq Ahmad, selaku pengerusi bersama Pertandingan Memancing Sungai Petanak 2020.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: 2,829 hektar tanam varieti padi moden
Next: Jenazah Sarjan Simon selamat dikebumikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.