Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abdul Aziz dan Sam Laya Setiausaha Politik Premier
  • TEMPATAN

Abdul Aziz dan Sam Laya Setiausaha Politik Premier

Utusan Sarawak 3 years ago

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas (kiri) menyerahkan watikah pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup (kanan) pada Majlis Angkat Sumpah di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, hari ini. FotoBERNAMA

KUCHING: Dua muka baharu antara sembilan individu yang mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Mereka ialah Sam Laya mewaklli Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Abang Abdul Aziz Abang Draup dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pelantikan semula daripada PBB ialah Petrus Igat Mathias, Michael Mujah Lihan, Charles Balan Seling, Tapah Ak Ata, Buang Bolhassan dan John Nyigor, manakala daripada PDP ialah Fung Kok Shiun @Brian Fung.

Majlis angkat sumpah itu disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur Ir Aidel Lariwoo dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Continue Reading

Previous: Jawatan TPM mesti ada potfolio lain
Next: Guna akaun palsu GPS taktik ‘politik longkang’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.