Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abdillah dan Awangku Hafizi menang tanpa bertanding
  • Selatan
  • WILAYAH

Abdillah dan Awangku Hafizi menang tanpa bertanding

Utusan Sarawak 16 hours ago
Proses penyerahan borang pencalonan berlangsung semalam di Ibu Pejabat DUBS Kuching oleh Setiausaha Kehormat DUBS Cawangan Sri Aman, Abdillah Ahmad kepada Setiausaha Kehormat DUBS Pusat, Jezamine Dior. Foto: Abdillah Ahmad

SIMANGGANG: Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Sri Aman untuk sesi 2025-2028 telah berlangsung dengan lancer melibatkan seramai 10 calon yang bertanding bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa.

Pengesahan keahlian telah dibuat pada 31 Julai lalu, dengan 86 ahli disahkan layak mengundi pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang dijadualkan pada 23 Ogos nanti di Tandang Sari Avenue, Simanggang.

Penyerahan borang pencalonan telah dilakukan semalam di Ibu Pejabat DUBS Kuching oleh Setiausaha Kehormat DUBS Cawangan Sri Aman, Abdillah Ahmad kepada Setiausaha Kehormat DUBS Pusat, Jezamine Dior. 

Pada acara penyerahan tersebut juga telah diadakan cabutan nombor giliran calon yang bertanding, memastikan ketelusan proses pemilihan.

Pada acara penyerahan tersebut juga telah diadakan cabutan nombor giliran calon yang bertanding, memastikan ketelusan proses pemilihan. Foto: Abdillah Ahmad

Berdasarkan senarai akhir calon, dua jawatan disahkan menang tanpa bertanding iaitu Abdillah Majid sebagai Pengerusi DUBS Cawangan Sri Aman dan Awangku Hafizi Awang Azahari sebagai Naib Pengerusi.

Bagi jawatan Timbalan Pengerusi, pertandingan akan menyaksikan pertembungan antara Gerald Empaling Donald dan Mohd Yusop Lugom. Sementara itu, enam calon akan bersaing bagi merebut lima kerusi Ahli Jawatankuasa.

Persiapan akhir bagi pemilihan ini akan diselaraskan oleh DUBS Pusat menjelang tarikh MAT.

Majlis tersebut turut dijangka menyaksikan penyampaian amanat khas oleh Presiden DUBS Pusat serta ucapan Residen Bahagian Sri Aman, khususnya untuk mengangkat martabat usahawan bumiputera di daerah ini.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif DUBS Pusat, Sarbini Abang, Bendahari Agung ynag juga Ahli Lembaga Pengarah DUBS Holding, Abang Ishak dan Setiausaha DUBS Kuching, Dayangku Sa’adiah Datuk Amar Pengiran Hipni.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 63 warga SK Sungai Selidap sertai ceramah keselamatan kebakaran
Next: Wilfred Yap donates 250 chairs and water dispenser to SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.