Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari zahir ucapan takziah atas pemergian ibu Dr Sim
  • SEMASA

Abang Johari zahir ucapan takziah atas pemergian ibu Dr Sim

Utusan Sarawak 2 hours ago
Abang Johari bercakap ketika ditemui media selepas menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir ke atas mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng di kediaman keluarga, Jalan Wan Abdul Rahman, Kenyalang Park, Kuching.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyampaikan ucapan takziah kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, atas pemergian mendiang ibu beliau.

Menurut Premier Sarawak, mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng telah memainkan peranan yang penting dalam menyokong Dr Sim semasa beliau memegang jawatan dalam kepimpinan kerajaan negeri.

“Saya dan rakan-rakan dalam kabinet ingin mengucapkan takziah kepada Datuk Amar Dr Sim atas pemergian bonda beliau yang tersayang.

“Sebenarnya, ketika Datuk Amar Dr Sim dilantik sebagai Timbalan Premier Sarawak, mendiang Puan Sri banyak memainkan peranan dalam membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli kabinet dan wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir ke atas mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng di kediaman keluarga, Jalan Wan Abdul Rahman, Kenyalang Park, hari ini.

Abang Johari turut menyatakan bahawa mendiang dikenali sebagai seorang yang berperibadi baik serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.

“Mendiang sangat baik dengan masyarakat dan kepada kami, khususnya dalam badan isteri-isteri Menteri (SABATI). 

“Ini merupakan satu kehilangan bagi kami kerana semasa menyandang peranan dalam SABATI, mendiang turut membantu dalam kerja-kerja kemasyarakatan,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa seluruh kabinet turut merasai kehilangan tersebut.

“Kami berdoa agar keluarga Datuk Amar Dr Sim berada dalam keadaan sabar dan tabah menghadapi cabaran ketika ini.

“Sekali lagi, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Amar Dr Sim,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar kekal Speaker DUN Sarawak bagi penggal kesepuluh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.