Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari umum aspirasi Bau ke peringkat UNESCO dalam dua tahun
  • SEMASA

Abang Johari umum aspirasi Bau ke peringkat UNESCO dalam dua tahun

Utusan Sarawak 13 hours ago
AMANAT… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap sempena sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru dan Majlis Perasmian Tasik Biru Resort City di Bau, hari ini. FotoUKAS

BAU: Daerah Bau hari ini melakar satu lagi detik bersejarah menerusi sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru 2025, serta Majlis Perasmian Tasik Biru Resort City yang telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis penuh gemilang itu turut dihadiri barisan kenamaan, pemimpin tempatan serta ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, mencerminkan semangat perpaduan dan penghargaan terhadap warisan sejarah Bau.

Dalam ucapannya, Abang Johari menyatakan keyakinan bahawa Bau berpotensi untuk dicalonkan sebagai Tapak Geopark Global UNESCO dalam tempoh dua tahun, susulan pengiktirafan semasanya sebagai Taman Geo Kebangsaan.

“Bau kini merupakan sebahagian daripada geopark kebangsaan. Dalam masa dua tahun, kita mahu senaraikannya sebagai tapak UNESCO.

“Persiapan sedang dilaksanakan, dan ini akan meletakkan Bau di peta antarabangsa UNESCO,” ujarnya.

Beliau turut menekankan keperluan pembangunan modal insan, khususnya dalam kalangan generasi muda, sebagai strategi utama membina ekonomi mampan di daerah ini.

“Kita mahu meningkatkan kualiti generasi muda di Bau, terutamanya dari segi ilmu pengetahuan. Melaluinya, aktiviti ekonomi baharu boleh diwujudkan untuk menjana pendapatan,” tambah beliau.

Dalam konteks lebih luas, Premier Sarawak turut menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan Sarawak menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui di rantau ASEAN pada masa hadapan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, berkata bahawa Pelan Induk Bau 2030 menjadi asas kepada pembangunan pelancongan yang progresif dan berdaya saing.

“Pelan tersebut merangkumi elemen pelancongan warisan, eko-pelancongan, dan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti.

“Pesta Tasik Biru 2025 dijadual berlangsung selama 11 hari, bermula 15 hingga 25 Mei, menampilkan pelbagai acara menarik termasuk Pertandingan Jong Regatta, Gusti Lengan, Miss dan Mrs Tasik Biru, Unity Parade, Gawai Bazaar Bau, Pameran 4×4 SAKTA, serta persembahan hiburan malam dan aktiviti busking.

“Perasmian Tasik Biru Resort City pula menjadi simbol transformasi ekonomi dan pelancongan daerah ini.

“Antara komponen utama projek ialah Kompleks Bau Gold Museum and Park, yang menampilkan warisan perlombongan emas Bau sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Projek pembangunan Kompleks ICQS di Serikin yang sedang dirancang juga, ujar beliau, dijangka memperkukuh hubungan rentas sempadan dengan Kalimantan Barat, sekali gus membuka peluang pelancongan dua hala dan pertukaran budaya dengan negara jiran, Indonesia.

Sambutan ulang tahun ke-205 ini bukan sahaja memperingati sejarah penubuhan Bau, malah, menurut Abang Johari, menjadi titik tolak kepada aspirasi menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan mampan, inklusif dan berdaya tahan, selaras dengan visi pembangunan Sarawak menjelang 2030.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penyukatan tanah NCR perlukan sokongan padu pemilik tanah
Next: AZAM Sarawak perkukuh kerjasama serantau melalui kunjungan ke MNC Media di Jakarta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.