Abang Johari teruskan kunjungan Aidilfitri

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, hari ini. 

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau tiba pada majlis tersebut sekitar 12.30 tengah hari dan disambut mesra oleh Len Talif bersama isteri, Datin Asiah Awai.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Len Talif Salleh, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta yang lain merakam kenangan semasa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Datuk Len Talif Salleh di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Abang Johari turut berpeluang melakukan sesi bergambar bersama keluarga, acara pertama kunjungan tersebut, diikuti dengan pemberian cenderahati.

Pada sebelah petang, Premier Sarawak meneruskan lawatan Hari Raya ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.

Oleh Amanda L.