Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari terima kunjungan sulung Panglima Tentera Darat
  • SEMASA

Abang Johari terima kunjungan sulung Panglima Tentera Darat

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima kunjungan hormat Jen Dato’ Azhan Md Othman (empat dari kiri) di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (empat dari kanan). Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat oleh Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Azhan Md Othman dalam satu pertemuan yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama beliau bersama Premier Sarawak sejak memulakan tugas sebagai Panglima Tentera Darat pada 1 Januari 2026.

Pertemuan itu menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara Tentera Darat Malaysia dan kerajaan Sarawak, khususnya dalam aspek keselamatan, pembangunan serta kesejahteraan Sarawak.

FOTO UKAS

Delegasi Tentera Darat Malaysia yang turut hadir ialah Panglima Medan Timur, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz serta AKS G, Mej Jen Dato’ Azudin Hassan.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abdul Wahab Rahim.- Sarawakku

Continue Reading

Previous: Kedutaan saran rakyat Malaysia di Qatar patuh garis panduan keselamatan susulan pembukaan sekolah
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak hingga 4.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.