Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari terima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Kemboja
  • SEMASA

Abang Johari terima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Kemboja

Utusan Sarawak 5 months ago

PHNOM PENH (Kemboja): Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Kemboja, Shaharudinn Onn sebaik tiba di negara tersebut.

Antara lain, pertemuan itu membincangkan pelbagai topik strategik berkaitan hubungan kerjasama yang boleh diterokai antara Sarawak dan Kemboja.

Abang Johari dijadual menghadiri acara penting di Phnom Penh, termasuk Majlis Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20.

Kunjungan hormat tersebut merupakan usaha berterusan Sarawak dalam memperluaskan kerjasama serantau bagi mencapai pembangunan mampan dan memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara jiran.

Turut serta, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UTS, JKR meterai MoU perkukuh kerjasama dalam pembangunan modal insan
Next: Premier Sarawak selamat tiba di Kemboja, hadiri RISEAP ke-20

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.