Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari tegaskan jaringan jalan dan tenaga baharu pacu ekonomi Sarawak
  • SEMASA

Abang Johari tegaskan jaringan jalan dan tenaga baharu pacu ekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penangguhan Forum Ekonomi DUN Lingga di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Jarak perjalanan antara Kuching dan Sri Aman bakal dipendekkan kepada hanya satu jam 15 minit melalui rangkaian infrastruktur jalan pesisir dan jambatan yang sedang rancak dibina oleh kerajaan Sarawak.

​Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa angka tersebut bukanlah sekadar angan-angan atau ‘Mat Jenin’, sebaliknya adalah fakta berdasarkan perancangan teknikal yang rapi.

​Menurut beliau, melalui pembinaan Jambatan Sejingkat yang menghubungkan Samarahan, Sebuyau, hingga ke Sri Aman, jarak perjalanan fizikal akan dipendekkan kepada 142 kilometer sahaja.

​”Apabila jarak sudah menjadi satu jam lebih, maka ikatan ekonomi antara Kuching dan Sri Aman akan menjadi lebih rapat.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penangguhan Forum Ekonomi DUN Lingga di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini. Foto: Adi Safarman

“Pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 dan Jambatan Lingga akan menghubungkan terus koridor Sri Aman-Samarahan-Kuching, sekali gus membuka peluang ekonomi yang luas kepada penduduk setempat,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Forum Ekonomi DUN Lingga di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini.

​Menyentuh mengenai situasi global yang tidak menentu ekoran konflik di Asia Barat yang menjejaskan harga bahan api dunia, Abang Johari menjelaskan Sarawak telah membuat persediaan awal dengan memansuhkan penggunaan feri secara berperingkat.

​”Tiada feri, tiadalah diesel. Feri menggunakan diesel yang mahal, dan jika kita tidak bersedia, rakyat yang terpaksa menanggung kosnya. Hari ini, rakyat menggunakan jambatan secara percuma tanpa tol,” jelas beliau.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penangguhan Forum Ekonomi DUN Lingga di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini. Foto: Adi Safarman

​

Beliau turut mendedahkan kejayaan Sarawak dalam beralih kepada ‘State Grid’ bagi mengurangkan beban kos diesel elektrik di wilayah utara.

Lawas telah berhenti menggunakan diesel sepenuhnya sejak Disember tahun lalu, manakala Limbang dijangka menyusul pada Julai ini.

​Abang Johari menegaskan bahawa Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam mempromosikan tenaga hijau seperti hidrogen, solar, hidro, dan biojisim. Langkah ini diambil bagi memastikan ekonomi negeri tidak terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan api fosil.

​”Sebab itu kita galakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan memperkasakan pusat latihan seperti CENTEXS dan Sarawak Skills untuk melatih anak tempatan dalam teknologi tenaga baharu ini,” ujarnya.

​Selain infrastruktur fizikal, Premier turut menyentuh kepentingan ekonomi digital melalui pembayaran tanpa tunai seperti SarawakPay (S-PayGlobal) yang terbukti keberkesanannya ketika pandemik COVID-19.

​Beliau juga menggesa agar pemilik tanah, termasuk tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di sepanjang laluan baharu Kuching-Sri Aman, untuk memanfaatkan pembangunan di bawah pendekatan strategi Pembangunan Bersepadu bagi meningkatkan nilai khazanah tanah mereka.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Petani rugi RM20,000 tanaman rosak akibat cuaca panas
Next: Orang ramai disaran guna perkhidmatan digital JPJ, jimat kos perjalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.