Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari tarik peluang pelabur Singapura ke Sarawak
  • SEMASA

Abang Johari tarik peluang pelabur Singapura ke Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg tiba di Republik Singapura hari ini dalam rangka lawatan kerja rasmi selama empat hari. Foto Facebook Sarawakku

SINGAPURA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg tiba di Republik Singapura hari ini dalam rangka lawatan kerja rasmi selama empat hari.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Negeri Sarawak Yang Arif Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg tiba di Republik Singapura petang hari ini dalam rangka lawatan kerja rasmi selama empat hari. Foto Facebook Sarawakku

Pada lawatan kali ini, beliau dijadual menyampaikan ucaptama pada program Sarawak Civil Service (SCS) One Team Retreat (OTR) 2025 pada sebelah pagi dan malamnya menghadiri Majlis Makan Malam Gala SCS OTR di Parkroyal Collection Marina Bay, pada keesokan hari.

Pada Khamis, Abang Johari meneruskan lawatan kerja beliau dengan menyampaikan ucaptama sekali gus merasmikan Pameran Mega Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen dan Pameran SUNTEC.

Pada program Pameran Mega Sarawak 2025, beliau turut melancarkan Program Eksport Sarawak oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA), dan melancarkan Gerai Pameran Perdagangan dan Pelaburan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg tiba di Republik Singapura petang hari ini dalam rangka lawatan kerja rasmi selama empat hari. Foto Facebook Sarawakku

Sementara pada sebelah petang pula, Abang Johari dijadualkan mengadakan sesi libat urus bersama Pengurus-Pengurus Dana Antarabangsa di UBS.

Lawatan kerja hari terakhir pada Jumaat pula, Abang Johari dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada sekolah ditutup akibat jangkitan influenza di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.