
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menghadiri serta menyertai Pertandingan Menembak Backbenchers GPS 2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Batu Kawa, di sini, semalam.
Kehadiran beliau menyerikan lagi pertandingan berkenaan yang dianjurkan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan wakil rakyat dan ahli politik di negeri ini.
Turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Setiausaha Politik yang mewakili pelbagai kawasan di seluruh Sarawak.


Pertandingan berlangsung dalam suasana santai namun kompetitif apabila para peserta mempamerkan kemahiran serta ketepatan dalam acara menembak yang dipertandingkan
Selain menjadi aktiviti riadah, program berkenaan turut dilihat mampu memupuk disiplin, fokus serta semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Abang Johari turut meluangkan masa beramah mesra bersama peserta dan tetamu yang hadir selain menyaksikan beberapa sesi pertandingan sepanjang program berlangsung.

Penganjuran program seumpama itu diharap dapat terus memperkukuhkan hubungan ukhuwah dan kerjasama antara pemimpin kerajaan serta wakil rakyat demi memastikan perpaduan dan keharmonian terus dipelihara.